Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Moderna dijangka terima data ujian bagi kanak-kanak 2-5 tahun pada Mac

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Moderna mengumumkan pada Rabu (12 Jan) bahawa ia akan melaporkan data mengenai ujian vaksin COVID-19 keluarannya yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia antara 2 hingga 5 tahun pada bulan Mac.

"Jika data menyokong dan tertakluk kepada perundingan peraturan kawal selia, Moderna mungkin akan meneruskan pemfailan peraturan untuk kanak-kanak yang berusia 2 hingga 5 tahun selepas itu," menurut syarikat tersebut.

Vaksin Moderna, berdasarkan platform RNA, sudahpun diluluskan di Eropah, United Kingdom (UK), Australia dan Kanada bagi kegunaan kanak-kanak yang berusia 12 hingga 17 tahun dan sudahpun menyerahkan permohonannya bagi kanak-kanak 6 hingga 11 tahun.

Di Amerika Syarikat, vaksin Moderna diluluskan oleh Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan sebagai rejimen vaksin dua dos dan dos penggalak bagi golongan dewasa yang berusia 18 tahun ke atas.

Namun, syarikat itu belum lagi mendapatkan kelulusan daripada pihak pengawal selia untuk menggunakan vaksinnya ke atas kanak-kanak.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan