Skip to main content

Dunia

Model cantik tidak segan punya teman lelaki pemandu tuk tuk

Dalam dunia yang mementingkan kebendaan, kisah ini mungkin boleh memberikan harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih lagi wujud.

Anggaran Waktu Membaca:
Model cantik tidak segan punya teman lelaki pemandu tuk tuk

Nutchanart Chaichan (kanan) dan teman lelakinya, Wutthichai Saeng-ngern (kiri). (Gambar: Jubjang Nutchanart Chaichan/Facebook)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 04:56PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 05:01PM

THAILAND: Dalam dunia yang mementingkan kebendaan, kisah ini mungkin boleh memberikan harapan bahawa cinta tanpa syarat itu masih lagi wujud.

Seorang peragawati popular di Thailand menjadi bualan netizen di negara itu apabila beliau meluahkan rasa cinta terhadap teman lelakinya yang sudah lima tahun dikenalinya, lapor agensi berita Astro Awani.

Yang menarik - meskipun Nutchanart Chaichan, 22 tahun, memiliki kecantikan dan kerjaya yang penuh glamor, namun beliau tidak segan untuk terus mendampingi Wutthichai Saeng-ngern, 25, yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk, dengan meraih pendapatan tidak melebihi 500 Baht (S$21) sehari.

Astro Awani menukil Cik Nutchanart sebagai berkata: "Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi.

"Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga."

Menurut laporan Astro Awani, Cik Nutchanart juga mengakui bahawa beliau sering disindir kerana memilih seorang lelaki yang tidak berharta sebagai teman lelakinya.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak membuatkannya berfikir dua kali.

"Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta.

"Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur," kata Cik Nutchanart. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita