Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mike Pompeo tegaskan sidang Trump-Kim murni misi keamanan

Para pegawai Amerika Syarikat dan Korea Utara mengadakan perbincangan siang tadi (11 Jun) dalam usaha merapatkan jurang perbezaan pandangan antara kedua-dua pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2018 10:05PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 01:41AM

SINGAPURA: Para pegawai Amerika Syarikat dan Korea Utara mengadakan perbincangan siang tadi (11 Jun) dalam usaha merapatkan jurang perbezaan pandangan antara kedua-dua pihak.

Ini dilakukan sebelum pemimpin kedua-dua negara mengadakan sidang puncak untuk mencari persetujuan menjadikan Semenanjung Korea bebas nuklear.

Difahamkan perbezaan pendapat itu adalah mengenai perincian bagaimana pelucutan nuklear itu memberi kesan kepada kedua-dua negara.

Lantaran itu, para pegawai kedua-dua negara berusaha untuk mengetengahkan agenda masing-masing sebelum pemimpin Kim Jong Un dan Presiden Donald Trump bertemu esok.

Menjelang sidang puncak itu, Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo hari ini (11 Jun) berkata, Amerika kekal komited terhadap matlamat mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

"Perbincangan itu diteruskan tengah hari tadi dan juga sekarang ini. Ia berjalan dengan lancar dan kami menjangkakan pihak mereka akan mencapai huraian yang logik lebih cepat daripada jangkaan kami," kata Encik Mike Pompeo.

Beliau menambah, sidang puncak yang bakal berlangsung esok (12 Jun), "benar-benar satu misi keamanan".

Encik Pompeo menarik perhatian bahawa Presiden Trump percaya pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mempunyai peluang yang tidak pernah ditemui sebelum ini untuk mengubah hubungan Amerika-Korea Utara, demi mewujudkan keamanan dan kemakmuran.

Namun demikian, beliau turut menegaskan pendirian Amerika tetap tidak berubah iaitu sekatan akan dikekalkan terhadap Pyongyang sehinggalah pelucutan senjata nuklear yang lengkap dan boleh disahkan, dicapai. 

Sumber : CNA/Reuters/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan