Mike Pompeo ikrar AS$113 juta sokong inisiatif teknologi, prasarana Indo-Pasifik
Washington mengikrarkan pelaburan AS$113 juta (S$154 juta) membiayai inisiatif teknologi dan prasarana di rantau Indo-Pasifik
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengikrarkan pelaburan AS$113 juta (S$154 juta) bagi membiayai pelbagai inisiatif teknologi dan prasarana di rantau Indo-Pasifik.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo mengumumkan komitmen Amerika hendak bekerjasama dengan mana-mana negara yang menyokong rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
Pengumuman itu dibuat sedang kebimbangan tentang perang dagang antara Amerika dengan China terus meningkat.
Menurut para pengamat, gelaran 'Indo-Pasifik' yang sering digunakan Amerika itu merupakan salah satu cara untuk menekankan kuasa India, sekaligus melemahkan pengaruh China di rantau ini.
Encik Pompeo berkata Amerika masih mengalu-alukan perjanjian perdagangan dua hala dengan negara-negara di Asia, meskipun dengan pengundurannya daripada perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.