Skip to main content

Dunia

Microsoft rancang kurangkan 2.5% tenaga kerja global

Microsoft dilaporkan merancang pusingan baharu pengurangan tenaga kerja global yang melibatkan kurang daripada 2.5 peratus kakitangannya, dengan bahagian jualan, perundingan dan Xbox antara unit yang dijangka terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft rancang kurangkan 2.5% tenaga kerja global
Logo Microsoft di pejabat Microsoft di Issy-les-Moulineaux berhampiran Paris, Perancis, pada 21 Mac 2025. (Gambar fail: REUTERS/Gonzalo Fuentes)
Diterbitkan : 02 Jul 2026 06:51PM Dikemas Kini : 02 Jul 2026 06:53PM
  • Microsoft merancang pengurangan tenaga kerja global kurang daripada 2.5 peratus, melibatkan ribuan kakitangan di seluruh dunia.
  • Langkah ini dijangka menjejaskan bahagian jualan, perundingan dan unit Xbox, namun belum ada pengumuman rasmi daripada syarikat.
  • Tindakan ini bertujuan mengawal kos operasi ketika Microsoft meningkatkan pelaburan dalam kecerdasan buatan dan pusat data.
  • Unit Xbox di bawah Asha Sharma sedang melalui penstrukturan semula, termasuk penilaian semula perbelanjaan dan operasi studio permainan, tanpa pengumuman penutupan studio setakat ini.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Microsoft dilaporkan merancang pusingan baharu pengurangan tenaga kerja global yang melibatkan kurang daripada 2.5 peratus kakitangannya, dengan bahagian jualan, perundingan dan Xbox antara unit yang dijangka terjejas.

Langkah itu boleh diumumkan seawal minggu hadapan dan berpotensi menjejas beribu-ribu kakitangan daripada kira-kira 228,000 tenaga kerja syarikat berkenaan di seluruh dunia.

Microsoft bagaimanapun belum mengulas mengenai laporan tersebut.

Pengurangan tenaga kerja itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha syarikat mengawal kos operasi ketika meningkatkan pelaburan dalam prasarana kecerdasan buatan (AI) dan pusat data.

Dalam perkembangan berkaitan, unit Xbox dilaporkan sedang melalui proses penstrukturan semula di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Xbox, Asha Sharma.

Beberapa laporan media menyebut syarikat itu turut menilai semula perbelanjaan berkaitan pembangunan permainan, pemasaran dan operasi studio.

Media teknologi turut melaporkan bahawa Microsoft sedang menimbangkan beberapa pilihan bagi perniagaan permainan videonya, termasuk penstrukturan semula dan kemungkinan memisahkan beberapa studio daripada operasi teras Xbox.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai penutupan studio atau pembatalan projek pembangunan permainan tertentu.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita