Microsoft lancar alat penjejak untuk urus AI di tempat kerja
Syarikat Microsoft berpandangan bahawa manusia bukan satu-satunya yang perlu diuruskan di tempat kerja. Kecerdasan buatan (AI) juga memerlukan pengurus.
Anggaran Waktu Membaca:
- Syarikat Microsoft berpandangan bahawa manusia bukan satu-satunya yang perlu diuruskan di tempat kerja.
- Syarikat sofwe itu pada Selasa (18 Nov) mengumumkan Microsoft Agent 365, satu program yang membolehkan para pelanggannya menjejak apa yang dijangkakan sebagai 1.3 bilion ejen yang mengautomasi kerja pejabat menjelang 2028.
- Program itu membolehkan kakitangan IT mengasingkan ejen yang tidak berfungsi dengan betul, sambil memberikan ejen yang sah - sama ada dibina menggunakan sofwe Microsoft atau perisian lain seperti Salesforce - pelbagai alat produktiviti dan perlindungan daripada serangan siber, menurut Microsoft.
- Microsoft Agent 365 disediakan kepada para pemegang lesen yang mendaftar untuk program akses awal.
SAN FRANCISCO: Syarikat Microsoft berpandangan bahawa manusia bukan satu-satunya yang perlu diuruskan di tempat kerja. Kecerdasan buatan (AI) juga memerlukan pengurus.
Syarikat sofwe itu pada Selasa (18 Nov) mengumumkan Microsoft Agent 365, satu program yang membolehkan para pelanggannya menjejak apa yang dijangkakan sebagai 1.3 bilion ejen yang mengautomasi kerja pejabat menjelang 2028. Ejen merujuk kepada program yang dikuasakan AI dalam melaksanakan tugas bagi pihak manusia.
Microsoft dan syarikat lain sedang giat memasarkan sofwe ejen. Walaupun sebilangan pelanggan berjaya menggunakan sistem tersebut untuk penjanaan kod, ada juga yang bergelut dengan pelaksanaannya, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya gelembung pasaran.
Menurut Microsoft, sama seperti kakitangan IT yang dapat melihat siapa yang berada dalam rangkaian syarikat dan mengurus akses mereka, sofwe terbaharunya bertujuan meluaskan kawalan serupa kepada penyeliaan ejen AI.
Program itu membolehkan kakitangan IT mengasingkan ejen yang tidak berfungsi dengan betul, sambil memberikan ejen yang sah - sama ada dibina menggunakan sofwe Microsoft atau perisian lain seperti Salesforce - pelbagai alat produktiviti dan perlindungan daripada serangan siber, menurut Microsoft.
Dalam satu temu bual, Judson Althoff, Ketua Pegawai Eksekutif bahagian komersial Microsoft, berkata produk itu tercetus daripada permintaan para pemimpin perniagaan yang mahu menguruskan ejen AI di tempat kerja dan mengukur pulangan pelaburan mereka.
“Ambil contoh rantaian bekalan. Anda mungkin mempunyai ejen inventori. Anda mungkin mempunyai ejen kehabisan bekalan,” kata Encik Althoff. “Tanpa alat sebegini, memahami bagaimana semua perkara itu saling terhubung dalam satu proses keseluruhan amatlah sukar.”
Microsoft Agent 365 disediakan kepada para pemegang lesen yang mendaftar untuk program akses awal.
Syarikat itu mengumumkan perkembangan tersebut pada pembukaan Microsoft Ignite, satu persidangan teknologi di San Francisco.
Pengumuman lain termasuk Work IQ, yang membolehkan syarikat membina ejen berasaskan kecerdasan dan data perniagaan sama yang menggerakkan AI Microsoft, yang dikenali sebagai Microsoft 365 Copilot.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.