Skip to main content

Dunia

Microsoft dakwa tiada bukti teknologinya digunakan Israel untuk serang Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft dakwa tiada bukti teknologinya digunakan Israel untuk serang Gaza
Diterbitkan : 17 May 2025 12:51PM Dikemas Kini : 17 May 2025 12:53PM
AMERIKA SYARIKAT: Microsoft menyatakan pada Sabtu (17 Mei) pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan teknologi Azure dan kecerdasan buatan (AI) syarikat itu digunakan oleh Israel untuk menyerang penduduk Gaza.

Syarikat teknologi itu mendedahkan ia telah melakukan temu bual dengan para kakitangan dan semakan dokumen berkaitan.

Sungguhpun begitu, Microsoft tidak mendedahkan syarikat luaran yang dilantik untuk melakukan siasatan tersebut.

Microsoft sebelum ini dikecam kerana memiliki kontrak untuk menawarkan khidmat pengkomputeran cloud Microsoft kepada Israel.

Ini selepas laporan AP menyatakan Israel didapati meningkatkan penggunaan khidmat Azure dan AI Microsoft selepas ia diserang Hamas pada 7 Oktober 2023.

Dalam laporan yang sama, penggunaan kedua-dua khidmat Microsoft itu juga didapati meningkat hampir 200 kali ganda daripada kebiasaan.

 
Sumber : CNA/HA/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita