Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu OIC

Anggaran Waktu Membaca:
Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu OIC

Pemenang Oscar Michelle Yeoh. (Gambar: Bernama)

MUMBAI: Pemenang Oscar Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di Mumbai, India pada Selasa (17 Okt).

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia berusia 61 tahun itu merupakan antara lapan ahli baharu yang dipilih dalam jawatankuasa berkenaan.

Menyertai bekas juara skuasy remaja itu ialah Yael Arad (Israel), Balazs Furjes (Hungary), Cecilia Roxana Tait Villacorta (Peru), Michael Mronz (Jerman) dan Petra Sorling (Sweden), lapor Xinhua.

Kelima-lima mereka sudah dicadangkan sebagai ahli individu oleh Lembaga Eksekutif IOC pada September.

Selain itu, Jae Youl Kim dari Korea Selatan serta Mahrez Boussayene (Tunisia) turut dipilih dalam jawatankuasa berkenaan atas sumbangan mereka dalam bidang sukan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan