Mexico temui 20 mayat termasuk 17 rentung dekat sempadan AS
Pihak berkuasa Mexico menemui 20 mayat pada Rabu (9 Jan) - 17 daripadanya ditemui rentung berhampiran bandar Nuevo Laredo, dekat sempadan Amerika Syarikat, kata seorang pegawai keselamatan.

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)
MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menemui 20 mayat pada Rabu (9 Jan) - 17 daripadanya ditemui rentung - berhampiran bandar Nuevo Laredo, dekat sempadan Amerika Syarikat, kata seorang pegawai keselamatan.
Lima kenderaan yang terbakar juga ditemui berhampiran mayat-mayat itu di bandar Miguel Aleman di wilayah utara Tamaulipas, kata pegawai berkenaan dalam satu kenyataan tanpa memberi keterangan lanjut.
Tamaulipas adalah salah sebuah wilayah paling ganas di Mexico yang diancam kumpulan-kumpulan samseng yang terlibat dalam pergaduhan untuk mengawal penyeludupan dadah, peras ugut dan ekploitasi pendatang.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beratus-ratus mayat ditemui dalam kubur-kubur tidak bertanda menyusuli usaha membanteras dadah yang diterajui tentera negara itu selama sedekad, yang mencetuskan lebih banyak keganasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.