Skip to main content

Dunia

Mexico siap siaga hadapi letusan gunung berapi Popocatepetl

Anggaran Waktu Membaca:
Mexico siap siaga hadapi letusan gunung berapi Popocatepetl

Gambar: JOSE CASTAÑARES / AFP

MEXICO CITY: Pemerintah Mexico pada Isnin (22 Mei) mengumumkan beberapa langkah pencegahan selepas gunung berapi Popocatepetl mula mengeluarkan asap dan abu pada hujung minggu lalu.

Antara langkah pencegahan yang diumumkan itu, termasuk penyediaan tempat perlindungan dan penempatan tentera, anggota keselamatan awam dan pasukan yang akan menguruskan pemindahan penduduk jika keadaan memerlukan.

Setakat ini, Pusat Pencegahan Bencana Nasional Mexico mengeluarkan amaran peringkat kuning Fasa 3, lapor agensi berita Anadolu.

Gunung berapi Popocatepetl terletak di sempadan Mexico, Puebla dan Morelos.

Setakat Ahad (21 Mei), sebanyak 573 letusan gunung berapi Popocatepetl direkodkan, dengan 70 peratus daripadanya adalah letusan kecil.

Bagaimanapun, keadaan itu menyebabkan dua lapangan terbang antarabangsa di Mexico City membatalkan penerbangan buat hari ketiga berturut-turut. Syarikat penerbangan seperti Aeromexico mengumumkan pembatalan 46 penerbangan pada Isnin (22 Mei).

Pihak berkuasa pendidikan turut mengumumkan beberapa sekolah di Puebla dan Tlaxcala ditutup.

Awal dari itu, dalam satu sidang media, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador berkata Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat telah membentuk satu suruhanjaya untuk mengawasi kerja-kerja menyediakan tempat perlindungan dan laluan untuk membolehkan para penduduk dapat dipindahakn dengan lancar.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita