MetMalaysia keluar amaran ribut tropika Senyar, hujan lebat dijangka hingga 29 Nov
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis (27 Nov) mengeluarkan amaran ribut tropika Senyar yang dikesan di utara Sumatra yang berada kira-kira 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak dan sedang bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung Malaysia dengan kelajuan sekitar 24 km/j.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis (27 Nov) mengeluarkan amaran ribut tropika Senyar yang dikesan di utara Sumatra yang berada kira-kira 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak dan sedang bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung Malaysia dengan kelajuan sekitar 24 km/j.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung Malaysia mulai Khamis hingga Sabtu.
“MetMalaysia telah mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November 2025,” kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika itu dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.
Amaran hujan berterusan (buruk) yang dijangka berterusan hingga Sabtu, melibatkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sementara itu, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan untuk Kelantan, Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran. Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (Tangkak dan Segamat).

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.