Skip to main content

Dunia

Meta sekat iklan TikTok di Facebook & Instagram di Amerika dan 6 negara lain

Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, melarang iklan oleh ByteDance, syarikat induk TikTok yang berpangkalan di China, daripada disiarkan di platformnya di Amerika Syarikat dan enam negara lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Meta sekat iklan TikTok di Facebook & Instagram di Amerika dan 6 negara lain

Ikon aplikasi TikTok pada sebuah telefon bijak dalam ilustrasi bertarikh 27 Oktober 2025. (Gambar fail: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 09 Oct 2026 02:39PM Dikemas Kini : 09 Oct 2026 02:47PM
Meta blocks TikTok ads on Facebook and Instagram in the United States and six other countries
  • Meta has banned ByteDance ads and third-party campaigns linking to TikTok in the United States, Canada, Egypt, Indonesia, Japan, Thailand and Vietnam, effective Oct 8.
  • Meta defended the decision as normal business practice, as the company does not want rival ads to draw users away from Facebook and Instagram.
  • The competition also involves teen safety, after Meta agreed to restrict children's usage and TikTok settled an Alabama case on condition of new controls.
  • TikTok is still operating in the United States through a US-majority-owned joint venture to protect user data and avoid an app ban.
Dijana oleh AI
SAN FRANCISCO: Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, melarang iklan oleh ByteDance, syarikat induk TikTok yang berpangkalan di China, daripada disiarkan di platformnya di Amerika Syarikat dan enam negara lain.

Jurucakap Meta pada Khamis (8 Okt) mengesahkan larangan itu berkuat kuasa serta-merta di Amerika Syarikat, Kanada, Mesir, Indonesia, Jepun, Thailand dan Vietnam.

Larangan tersebut turut melibatkan pengiklan pihak ketiga yang menyiarkan kempen iklan dengan pautan ke TikTok atau platform lain milik ByteDance di negara-negara tersebut.

Langkah itu menandakan persaingan yang semakin sengit antara Meta dengan ByteDance, terutama dalam usaha menarik pengguna, pencipta kandungan dan perbelanjaan pengiklanan.

META PERTAHANKAN LARANGAN IKLAN

Meta mempertahankan keputusannya dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kewajipan untuk menyiarkan iklan pesaing yang bertujuan menarik pengguna keluar daripada platformnya.

Menurut Meta, tindakan menolak khidmat iklan pesaing merupakan amalan perniagaan biasa dalam pelbagai industri.

Syarikat itu menambah bahawa ia akan terus bersaing menerusi mutu produk dan pengalaman pengguna.

TikTok dan ByteDance belum memberikan maklum balas terhadap permintaan Reuters untuk mengulas tentang larangan tersebut.

Menurut laman TikTok, platform itu tidak menyokong pautan yang membuka aplikasi media sosial lain atau membolehkan pengguna log masuk ke aplikasi tersebut.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh meletakkan pautan pada laman web platform lain pada profil mereka.

PERSAINGAN TURUT MELIBATKAN KESELAMATAN REMAJA

Larangan itu diumumkan sedang Meta turut menggesa TikTok dan YouTube supaya mengambil langkah lebih ketat bagi melindungi pengguna remaja.

Pada Ogos lalu, Meta bersetuju memperkenalkan had penggunaan harian dan mengehadkan penggunaan Facebook serta Instagram pada sebelah malam dalam kalangan kanak-kanak.

Syarikat itu turut bersetuju memperkukuh langkah bagi mencegah kanak-kanak daripada mengakses kandungan yang mempunyai sekatan umur.

Langkah tersebut menyusuli penyelesaian undang-undang bernilai sehingga AS$18 bilion (S$23 bilion) berhubung dakwaan kesan buruk media sosial terhadap kanak-kanak di Amerika Syarikat.

TikTok pula mencapai penyelesaian dengan Alabama pada September lalu, yang mewajibkan platform itu memperkenalkan had penggunaan baharu dan memperketatkan pengesahan umur pengguna.

Kes tersebut melibatkan dakwaan bahawa TikTok membahayakan kanak-kanak dan mengelirukan pengguna mengenai tahap keselamatan platformnya.

TIKTOK KEKAL BEROPERASI DI AMERIKA SYARIKAT

TikTok masih beroperasi di Amerika Syarikat menerusi usaha sama yang majoritinya dimiliki pihak Amerika.

Perjanjian itu bertujuan untuk melindungi data pengguna Amerika Syarikat dan mengelakkan larangan terhadap aplikasi yang mempunyai lebih 200 juta pengguna di negara tersebut.

Agensi berita Bloomberg adalah pihak pertama yang melaporkan larangan iklan Meta itu pada Khamis (8 Okt).
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita