Skip to main content

Dunia

Meta perkenal langkah keselamatan baharu kepada pengguna remaja

Syarikat Meta akan melaksanakan langkah keselamatan baharu ke atas akaun pengguna remaja untuk melindungi mereka daripada kandungan yang tidak bersesuaian dengan umur untuk hasil carian serta laman 'Explore' di Facebook dan Instagram.

Anggaran Waktu Membaca:
Meta perkenal langkah keselamatan baharu kepada pengguna remaja

(Gambar: Justin Sullivan/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2024 04:39PM
WASHINGTON: Syarikat Meta akan melaksanakan langkah keselamatan baharu ke atas akaun pengguna remaja untuk melindungi mereka daripada kandungan yang tidak bersesuaian dengan umur untuk hasil carian serta laman 'Explore' di Facebook dan Instagram.

Pengguna remaja juga akan diminta untuk mengemas kini tetapan privasi mereka, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Platform media sosial itu akan mengalih keluar kandungan mengenai bunuh diri, gangguan makan dan mencederakan diri sendiri dengan sengaja daripada akaun pengguna remaja di Facebook dan Instagram, meskipun kandungan itu dikongsi oleh pengguna yang mereka ikuti. 

Menurut Meta walaupun kandungan 'mencederakan diri sendiri dengan sengaja' boleh membantu mengurangkan stigma berhubung isu ini, namun ia adalah topik yang agak rumit dan tidak sesuai untuk semua golongan muda.

Meta akan turut menyembunyikan hasil yang berkaitan dan seterusnya mengubah hala carian ke talian bantuan atau sumber lain untuk pengguna mendapatkan bantuan.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita