Skip to main content

Dunia

Meta mahu berhentikan sekitar 10% kakitangan Reality Labs, lapor NYT

Anggaran Waktu Membaca:
Meta mahu berhentikan sekitar 10% kakitangan Reality Labs, lapor NYT
Orang ramai dilihat di sebalik logo Meta Platforms, semasa persidangan di Mumbai, India, pada 20 September 2023. (Gambar fail: REUTERS/Francis Mascarenhas)
Diterbitkan : 13 Jan 2026 11:21AM Dikemas Kini : 13 Jan 2026 11:25AM
WASHINGTON: Meta merancang untuk mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangan jabatan Reality Labs yang mengusahakan beberapa produk termasuk metaverse, lapor New York Times pada Isnin (12 Jan), seperti yang ditukil tiga orang yang berpengetahuan mengenai perbincangan tersebut.

Pemberhentian di Reality Labs, yang mempunyai kira-kira 15,000 kakitangan, mungkin diumumkan seawal Selasa (13 Jan) dan dijangka akan memberi kesan yang tidak seimbang kepada mereka yang berada di unit metaverse yang mengusahakan alat pendengaran realiti maya dan rangkaian sosial maya, menurut laporan itu.

Metaverse merupakan projek besar yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg, yang mengutamakan dan membelanjakan sebahagian besar dana bagi usaha niaga tersebut. Perusahaan tersebut membelanjakan lebih AS$60 (S$77.15) bilion sejak 2020.

Selain metaverse, segmen Reality Labs juga menghasilkan alat pendengaran realiti campuran Quest Meta, cermin mata bijak yang rekaan Ray-Ban EssilorLuxottica dan cermin mata realiti tambahan.

Meskipun syarikat itu bergelut untuk mempromosikan wawasannya tentang alam semesta digital yang mengasyikkan dan berkait dengan realiti sebenar, ia menyaksikan kejayaan pada peringkat awal dengan cermin mata bijaknya kerana pesaing seperti Google dan Apple gagal memanfaatkan pasaran dengan percubaan awal.

Ketua Pegawai Teknologi Meta, Andrew Bosworth, yang menyelia Reality Labs, mengadakan mesyuarat pada Rabu dan menggesa kakitangan untuk hadir secara fizikal, lapor NYT, yang menukil sehelai memo.

Meta tidak segera membalas pertanyaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Laporan itu diterbitkan sedang syarikat induk Facebook itu berusaha untuk kekal relevan dalam perlumbaan kecerdasan buatan Silicon Valley selepas model Llama 4 mereka mendapat sambutan yang tidak memberangsangkan.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita