Skip to main content

Dunia

Meta hentikan penerbitan buku oleh bekas pengarah syarikat

Meta Platform pada Rabu (12 Mac) memenangi keputusan timbang tara kecemasan untuk menghentikan buat sementara waktu pemasaran buku berjudul 'Careless People' yang diterbitkan oleh seorang bekas kakitangan Meta.

Anggaran Waktu Membaca:
Meta hentikan penerbitan buku oleh bekas pengarah syarikat

Gambar fail yang menunjukkan ilustrasi logo syarikat Meta. (Gambar fail: REUTERS/Dado Ruvic)

AMERIKA SYARIKAT: Meta Platform pada Rabu (12 Mac) memenangi keputusan timbang tara kecemasan untuk menghentikan buat sementara waktu pemasaran buku berjudul 'Careless People' yang diterbitkan oleh seorang bekas kakitangan Meta.

Ini menurut salinan keputusan mahkamah yang diterbitkan oleh syarikat media sosial itu.

Buku terbitan mantan pengarah dasar awam global Meta, Sarah Wynn-Williams, digelarkan dalam satu ulasan buku oleh New York Times 'sebagai gambaran terperinci, menjijikkan mengenai salah satu syarikat paling berkuasa di dunia," dan beberapa pemimpin eksekutifnya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg, berkas Ketua Pegawai Operasi (COO) Sheryl Sandberg dan Ketua Pegawai Ehwal Global Joel Kaplan.

Meta akan menanggung "kerugian segera dan tidak dapat dipulihkan" tanpa sebarang bantuan kecemasan, kata penimbang tara kecemasan dari Persatuan Arbitrasi Amerika Nicholas Gowen dalam keputusan selepas perbicaraan mahkamah, yang tidak dihadiri oleh penulis buku Wynn-Williams.

Syarikat penerbitan buku Macmillan menghadiri perbicaraan itu dan berhujah bahawa ia tidak terikat kepada perjanjian timbang tara itu, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian pemberhentian kerja antara kakitangan dan syarikat itu.

Keputusan itu menyatakan Wynn-Williams perlu hentikan sebarang promosi buku itu dan sejauh mungkin, hentikan penerbitan lanjut buku tersebut.

Ia tidak mengarahkan syarikat penerbitan mengambil sebarang tindakan.

Dalam satu catatan di Threads, jurucakap Meta Andy Stone berkata: "Keputusan ini mengesahkan bahawa buku diterbitkan oleh Sarah Wynn-Williams itu adalah palsu dan bersifat fitnah, dan tidak seharusnya diterbitkan."

Wynn-Williams dan Macmillan tidak memberi maklum balas segera terhadap permohonan komen dari Reuters berkenaan keputusan tersebut.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita