Meta capai penyelesaian AS$18 bilion atas dakwaan media sosial sebabkan ketagihan kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:
- Meta Platforms bersetuju membuat perubahan besar pada Facebook dan Instagram serta membayar sehingga AS$18 bilion untuk menyelesaikan tuntutan 48 wilayah Amerika Syarikat berkaitan ketagihan dan keselamatan kanak-kanak.
- Penyelesaian diumumkan pada 26 Ogos ini termasuk had penggunaan remaja dua jam sehari dan sekatan waktu malam, serta peningkatan sekatan kandungan umur selama 10 tahun.
- Meta juga akan membayar AS$459 juta untuk menyelesaikan isu privasi Cambridge Analytica, dengan bayaran tertinggi kepada California, New York dan Texas.
- Penyelesaian masih memerlukan kelulusan hakim, sementara Meta, YouTube, TikTok dan Snapchat terus berdepan ribuan saman berkaitan kesihatan mental dan privasi kanak-kanak.
AMERIKA SYARIKAT: Meta Platforms bersetuju melakukan perubahan besar terhadap Facebook dan Instagram serta membayar sehingga AS$18 bilion (S$23 bilion) bagi menyelesaikan tuntutan kebanyakan wilayah Amerika Syarikat yang mendakwa syarikat itu mereka bentuk platformnya untuk menyebabkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak dan mengelirukan pengguna mengenai tahap keselamatannya.
Penyelesaian yang diumumkan pada Rabu (26 Ogos) itu menamatkan satu perbicaraan persekutuan berprofil tinggi berhubung dakwaan bahawa syarikat media sosial mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak.
Meskipun Meta tidak perlu melakukan rombakan menyeluruh terhadap platformnya, penyelesaian itu menetapkan perubahan besar terhadap cara syarikat berkenaan menyediakan khidmat kepada pengguna muda.
Peguam Negara Colorado Phil Weiser berkata tumpuan kes itu adalah untuk melindungi kanak-kanak dan menyifatkan langkah yang dipersetujui sebagai sesuatu yang amat bermakna.
PENGGUNAAN REMAJA DIHADKAN DUA JAM SEHARI
Bagi tempoh 10 tahun akan datang, Meta bersetuju mengehadkan penggunaan Facebook dan Instagram oleh golongan remaja kepada dua jam sehari.
Penggunaan kedua-dua platform itu juga akan disekat dari tengah malam hingga 6.00 pagi, kecuali dengan kebenaran ibu bapa.
Meta turut akan mempertingkat langkah bagi menghalang kanak-kanak daripada mengakses kandungan yang mempunyai sekatan umur.
Namun, penyelesaian tersebut tidak memerlukan Meta menghentikan penggunaan saranan kandungan yang diperibadikan atau pengiklanan bersasar.
Meta menafikan sebarang salah laku ketika bersetuju dengan penyelesaian itu.
Syarikat tersebut menyatakan bahawa memastikan remaja mendapat pengalaman yang selamat dan produktif di platformnya merupakan satu keutamaan.
LEBIH AS$17.6 BILION DIBAYAR KEPADA WILAYAH AMERIKA
Penyelesaian itu merangkumi bayaran lebih AS$17.6 bilion (S$22.4 bilion) kepada 48 wilayah Amerika, Washington D.C., Puerto Rico, American Samoa dan Kepulauan Mariana Utara.
Meta juga akan membayar AS$459 juta (S$583 juta) bagi menyelesaikan tuntutan privasi berkaitan skandal Cambridge Analytica, yang melibatkan pengumpulan data peribadi jutaan pengguna Facebook oleh firma perunding Britain itu.
California dijangka menerima bayaran tertinggi sebanyak AS$2.2 bilion (S$2.8 bilion), manakala New York dan Texas masing-masing akan menerima lebih AS$1 bilion (S$1.27 bilion).
Sebahagian bayaran itu bergantung kepada sama ada YouTube milik Alphabet dan TikTok milik ByteDance melaksanakan perlindungan serupa bagi kanak-kanak.
Penyelesaian tersebut masih memerlukan kelulusan Hakim Daerah Amerika Yvonne Gonzalez Rogers.
RIBUAN SAMAN MASIH BELUM DISELESAIKAN
Syarikat-syarikat media sosial berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada pemerintah wilayah, pemerintah tempatan, sekolah dan individu yang mendakwa platform tersebut menyumbang kepada krisis kesihatan mental golongan muda.
Meta, YouTube, TikTok dan Snapchat masih berdepan ribuan saman di mahkamah persekutuan dan wilayah atas dakwaan mereka sengaja mereka bentuk platform untuk menyebabkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak.
Kes terhadap Meta turut merangkumi dakwaan daripada 29 wilayah bahawa syarikat itu mengumpulkan data peribadi kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa dan menggunakan data tersebut untuk melatih AI generatif.
Meta sebelum ini berhujah bahawa ia tidak boleh dianggap mengelirukan pengguna kerana "ketagihan media sosial" bukan keadaan psikiatri yang diiktiraf.
Meta sendiri masih berdepan ribuan saman daripada individu, sekolah dan pihak berkuasa tempatan, dengan perbicaraan seterusnya dijadualkan berlangsung di Los Angeles pada Oktober.

Sumber : Reuters/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.