Meta berhentikan pekerja di WhatsApp dan Instagram: Laporan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: SEBASTIEN BOZON / AFP)
CALIFORNIA: Meta sedang memberhentikan kakitangan bagi beberapa unitnya termasuk Instagram, WhatsApp dan Reality Labs, lapor The Verge pada Rabu (16 Okt), sambil merujuk kepada orang-orang yang tahu-menahu mengenai hal itu.
Jurucakap Meta memberitahu Reuters dalam kenyataannya bahawa beberapa pasukannya sedang membuat perubahan untuk diselaraskan dengan matlamat strategik jangka panjang dan strategi lokasinya.
"Ini termasuk mengalihkan beberapa pasukan ke lokasi berbeza, dan mengalihkan sebilangan kakitangan ke peranan lain.
"Dalam situasi sebegini di mana sesebuah peranan itu dihapuskan, kami bekerja keras untuk mencari peluang lain bagi kakitangan yang terjejas," ujar jurucakap itu.
Laporan The Verge tidak secara khusus memberi butiran mengenai jumlah pekerja yang diberhentikan tetapi mendedahkan bahawa jumlahnya kecil.
Meta juga tidak memberi komen mengenai angkanya.
Secara berasingan, The Financial Times melaporkan bahawa Meta memecat lagi 24 kakitangan di Los Angeles kerana didakwa menggunakan kredit makanan harian bernilai S$25 untuk sebaliknya memberi barangan keperluan rumah, termasuk gelas wain dan sabun pencuci pakaian.
Pemecatan itu adalah kes berbeza berbanding penstrukturan semula pasukan, dan berlaku minggu lalu, jelas laporan FT.
Meta enggan mengulas berhubung laporan FT.
Meta memberhentikan sekitar 21,000 pekerja sejak November 2022 bagi mengurangkan kos dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg menyifatkan 2023 sebagai "Tahun Kecekapan".
Saham Meta telah melonjak lebih 60 peratus tahun ini.
Dalam dapatan suku kedua baru-baru ini, Meta mengatasi jangkaan pasaran bagi hasil dan mengeluarkan unjuran penjualan yang tinggi bagi suku ketiga, sebagai memberi isyarat bahawa pembiayaan tinggi bagi iklan digital di media sosial boleh menampung kos pelaburan kecerdasan buatan (AI).

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.