Skip to main content

Dunia

Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai Venezuela pada 5 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai Venezuela pada 5 Jan

Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Rafael Grossi (dalam paparan skrin) berucap di hadapan delegasi mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di ibu pejabat PBB di New York pada 13 Jun 2025, selepas Israel serang Iran. (Gambar: Reuters/Eduardo Munoz)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 04 Jan 2026 02:09PM Dikemas Kini : 04 Jan 2026 04:19PM

MOSKO: Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Venezuela akan diadakan pada Isnin (5 Jan), lapor Agensi Berita Rusia TASS, memetik wakil tetap baharu negara itu ke Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, Dmitry Polyansky.

Encik Polyansky berkata mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung pada pukul 6.00 petang waktu Mosko (11.00 malam waktu Singapura).

“Pihak Somalia menjadualkan mesyuarat itu pada 10.00 pagi waktu New York, iaitu 6.00 petang waktu Mosko, pada Isnin, 5 Januari,” katanya menerusi Telegram beliau.

Awal dari itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata bahawa beliau "sangat bimbang" dengan serangan Amerika, dengan jurucakapnya ditukil sebagai berkata bahawa ia boleh "membawa kesan yang berbahaya".

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita