Mesyuarat tergempar IAEA pada 23 Jun susuli serangan terhadap tapak nuklear Iran
Anggaran Waktu Membaca:
kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Mariano Grossi. (Gambar: Yuichi YAMAZAKI / AFP)
GENEVA: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad (22 Jun) mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor IAEA pada Isnin (23 Jun)menyusuli serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Memandangkan situasi mendesak di Iran, saya akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor IAEA esok,” kata Rafael Mariano Grossi dalam catatan di X.
Langkah itu diambil menyusuli laporan mengenai serangan Amerika ke atas tiga kemudahan nuklear di Iran, termasuk Loji Pengayaan Bahan Api Fordow.
Dalam kenyataan berasingan di X, IAEA menyatakan: “Susulan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran – termasuk Fordow – IAEA mengesahkan bahawa tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak yang dilaporkan setakat ini.”
Agensi itu memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan “penilaian lanjut mengenai situasi di Iran apabila lebih banyak maklumat diperoleh".
Keadaan di rantau itu semakin meruncing selepas Presiden Amerika Donald Trump mengumumkan pada Ahad bahawa pasukan tenteranya sudah melaksanakan serangan udara yang “sangat berjaya” ke atas tiga tapak nuklear Iran, di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik lebih meluas di rantau itu.
Berikutan serangan Amerika itu, Iran menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengutuk pencerobohan Amerika dan membawa pihak yang melanggar undang-undang antarabangsa ke muka pengadilan.
Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Iran menyatakan bahawa serangan Israel mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 yang lain.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.