Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesyuarat menteri pertahanan ASEAN (ADMM) berlangsung di Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
SIEM REAP: Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Plus kali kesembilan bermula pada Rabu (23 Nov) di bandar Siem Reap, dengan kehadiran menteri pertahanan dan pegawai dari 10 negara anggota dan rakan kongsi termasuk Amerika Syarikat, China dan India.

Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen, selaku pengerusi ASEAN dalam ucapannya sebelum mesyuarat itu berkata di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan keselamatan global, ADMM memainkan peranan penting dalam menggalakkan persefahaman melalui dialog berdasarkan rasa hormat, kerjasama praktikal dan pembinaan kapasiti.

Beliau berkata pelbagai krisis kompleks menimbulkan ancaman (yang tidak pernah berlaku sebelum ini) kepada keamanan, kestabilan dan kemajuan di pelbagai negara di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Vietnam.

“Untuk mengatasi krisis itu, ASEAN sedang berusaha mengekalkan dialog dan membina kepercayaan dengan menyediakan asas yang selamat, terbuka dan membina; dan menggalakkan keterbukaan, inklusif dan berasaskan peraturan multilateralisme adalah matlamat teras blok itu.

"Dalam usaha ini, ia komited untuk mengekalkan pemusatan dan perpaduannya," katanya.

Sekurang-kurangnya lima faktor diperlukan untuk merealisasikan keselamatan yang harmoni di rantau ini, iaitu pemusatan ASEAN; kerangka keselamatan serantau yang terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan; kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan yang berpaksikan rakyat dan berasaskan kepercayaan; keselamatan menyeluruh; dan kerjasama kawalan, menurut pemimpin Kemboja itu.

Sejak penubuhannya, ADMM Plus berkembang menjadi mekanisme kerjasama pertahanan pelbagai hala utama bagi menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau berdasarkan prinsip konsensus, perpaduan dan pemusatan ASEAN.
Sumber : Bernama/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan