Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO rutin sebelum Perhimpunan Agung, kata Ahmad Zahid
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Khamis malam (12 Jan) adalah mesyuarat rutin sebelum persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang akan berlangsung pada Jumaat (13 Jan), kata Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.
"Ia mesyuarat untuk mendengar laporan daripada Pengerusi Tetap untuk persiapan Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.
"Pengerusi Tetap telah membuat laporan itu," katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia, semalam.
Encik Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu juga mendengar laporan daripada wakil-wakil MKT ke persidangan sayap-sayap yang berlangsung awal hari semalam.
Apabila ditanya adakah mesyuarat itu membincangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Encik Ahmad Zahid berkata, ia akan dibincangkan di Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang akan datang.
Perhimpunan Agung UMNO 2022, yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Januari tahun ini.
Pada Khamis telah berlangsungnya persidangan ketiga-tiga sayap melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala hari ini, Encik Ahmad Zahid dijadualkan menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO di perhimpunan itu, yang akan berakhir Sabtu ini.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.