Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India bakal diadakan minggu depan

Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India bakal diadakan minggu depan

(Gambar: Michael Mccoy/POOL/AFP)

NEW DELHI: Menteri Luar ASEAN dan India akan bertemu di New Delhi minggu depan ketika kedua-dua pihak meraikan kejayaan baru dalam hubungan mereka.

"India akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India (SAIFMM) pada 16-17 Jun 2022 untuk menandakan ulang tahun ke-30 hubungan dialog kami dan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik kami dengan ASEAN," menurut kenyataan Kementerian Luar. 

Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar dan Menteri Ehwal Luar Singapura, Vivian Balakrishnan bersama mempengerusikan mesyuarat yang akan dihadiri rakan sejawatan mereka di Asia Tenggara dan Setiausaha Agung ASEAN Lim Jock Hoi.

Pertemuan menteri-menteri luar itu akan diikuti dengan persidangan Dialog Delhi edisi ke-12.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan