Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dilangsungkan

Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara Malaysia awal hari ini (28 Feb) bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dilangsungkan

Istana Negara (Gambar: Vincent Tan/Mediacorp)

Diterbitkan : 28 Feb 2020 11:57AM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 11:59AM

KUALA LUMPUR: Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara Malaysia awal hari ini (28 Feb) bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja.

Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 9.28 pagi, dipercayai membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mesyuarat itu yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air dijangka bermula pada 11.30 pagi.

Menurut sumber, raja-raja Melayu yang dijangka menghadiri mesyuarat khas berkenaan, antaranya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Turut dipercayai akan menghadiri mesyuarat khas itu ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Difahamkan, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perkembangan politik semasa selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada PH.

Pada Isnin, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh serta pengerusi Bersatu dan beberapa jam kemudian Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantiknya sebagai Perdana Menteri interim.

Pada Selasa dan Rabu, Sultan Abdullah menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian para Ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik negara.

Ini menyaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen subur di negara ini apabila Sultan Abdullah menjalankan peranan dalam mendapatkan fakta bagi membantu beliau membuat keputusan lanjut berhubung masalah tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan