Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesyuarat bersama Putin sedang diatur, kata Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat bersama Putin sedang diatur, kata Trump

(Gambar fail: CHARLY TRIBALLEAU, Alexander NEMENOV / AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2025 06:48PM Dikemas Kini : 10 Jan 2025 06:53PM
WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis (9 Jan) mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diatur, lapor Agensi Anadolu (AA).  

"Beliau (Putin) mahu bertemu dan kami sedang mengaturnya," kata Encik Trump kepada wartawan sebelum menghadiri mesyuarat bersama gabenor Parti Republican di kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida.  

Bagaimanapun, Encik Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan yang mungkin diadakan itu.  

"Presiden Putin mahu bertemu. Beliau juga menyatakannya secara terbuka dan kita perlu menamatkan perang itu. Itu adalah pergolakan berdarah," katanya, merujuk kepada perang Rusia-Ukraine.  

Mengenai Presiden China Xi Jinping, Encik Trump berkata mereka telah berkomunikasi secara intensif.  

"Kami mempunyai banyak mesyuarat yang dirancang dengan ramai pihak, tetapi saya lebih suka menunggu sehingga 20 Jan," katanya, merujuk kepada tarikh pelantikannya sebagai Presiden Amerika.  
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan