Meski gencatan senjata, serangan masih berlaku di Ghouta Timur
Tentera Syria melancarkan serangan udara baru ke atas wilayah di kawasan pemberontak di Ghouta Timur.
Antara kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan di Douma, Ghouta Timur, Syria. (Gambar: HAMZA AL-AJWEH/AFP)
BEIRUT: Tentera Syria melancarkan serangan udara baru ke atas wilayah di kawasan pemberontak di Ghouta Timur.
Ini meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu meluluskan gencatan senjata selama 30 hari di Syria, dilaksanakan serta merta.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, yang berpangkalan di Britain, pesawat perang Syria melancarkan serangan di Ghouta Timur pagi Ahad (25 Feb) termasuk dua di bandar utama Douma, sejurus selepas pengundian oleh Majlis Keselamatan.
Sejauh ini belum ada laporan tentang kemalangan jiwa atau kecederaan.
Ahad lalu, serangan di luar Damsyik oleh tentera pemerintah Bashar Al-Assad mengorbankan sekurang-kurangnya 127 kanak-kanak.
Angka korban kempen pengeboman tentera ke atas wilayah dekat ibu kota Damsyik ini sudah mencecah 519 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.