Meski dipuji ramai, menteri kewangan baharu Indonesia Purbaya cetus kebimbangan pelabur
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Dalam tempoh dua bulan sejak beliau dilantik sebagai menteri kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa sudah banyak menjadi tumpuan media bukan sahaja disebabkan oleh langkah fiskalnya tetapi juga kenyataan yang dikeluarkannya.
Beliau mengalihkan “dana hari hujan (apabila berlaku kecemasan mendesak)” Indonesia dengan tujuan merangsang ekonomi, membuka jalan untuk perbelanjaan pemerintah yang lebih tinggi walaupun defisit semakin melebar serta mengeluarkan pelbagai kenyataan yang kadangkala bercanggah dengan menteri dan pegawai kanan lain.
Dahulunya seorang teknokrat yang menerajui agensi insurans deposit, Encik Purbaya kini dengan pantas menjadi salah satu wajah yang lebih dikenali dalam pemerintah dengan gayanya yang dianggap berani dan terus-terang oleh para pemerhati.
“Beliau tidak takut untuk menyuarakan pendapatnya dan mengelakkan istilah kewangan teknikal supaya orang biasa dapat memahami apa yang ingin dicapai dalam ekonomi,” kata Encik Yusuf Rendy Manilet, seorang ahli ekonomi dalam kumpulan pemikir Center of Reform on Economics (CORE), kepada Mediacorp.
Orang ramai juga sudah mula menyedarinya.
Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh firma penyelidikan Indikator Politik pada 8 November, Encik Purbaya dipilih sebagai menteri ketiga terbaik, iaitu satu pencapaian yang besar bagi seseorang yang, sehingga baru-baru ini, tidak dikenali di luar kalangan dasar ekonomi Indonesia.
Lebih 1,200 orang ditinjau oleh firma penyelidikan itu dari 20 hingga 27 Oktober untuk menandakan tahun pertama Prabowo Subianto menyandang jawatan presiden.
Namun, terdapat tanda-tanda bahawa beberapa pelabur dan penganalisis kurang menyukai Encik Purbaya.
Peralihan dasar beliau dilihat sebagai perbezaan ketara daripada pendekatan berhati-hati pendahulunya, Sri Mulyani Indrawati, yang berkhidmat sebagai menteri kewangan di bawah tiga presiden dan pernah menjadi pengarah urusan Bank Dunia yang sangat dihormati atas sikap berhemat dari segi fiskal.
Beberapa hari selepas beliau dilantik pada awal September, Encik Purbaya mengumumkan bahawa beliau akan mengeluarkan AS$27 bilion (S$35.2 bilion) daripada rizab pemerintah Indonesia, yang sudah disimpan oleh Cik Sri Mulyani dari lebihan belanjawan sebelum ini.
Sejak itu, menteri tersebut sudah mengeluarkan separuh daripada lebihan belanjawan terkumpul ini (SAL) dan menyuntiknya ke dalam bank milik pemerintah untuk meningkatkan kecairannya - langkah yang beliau percaya akan merangsang ekonomi.
“(Pelabur) bimbang kerana (Encik Purbaya) menggunakan dana yang sepatutnya digunakan apabila berlaku kecemasan untuk menstabilkan rupiah atau mengurangkan kesan kejutan ekonomi seperti krisis kewangan atau pandemik lain,” kata Encik Tauhid Ahmad dari kumpulan pemikir Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan (INDEF).
Risiko kejutan ekonomi seperti itu semakin meningkat, menurut Bhima Yudhistira dari kumpulan pemikir Pusat Pengajian Ekonomi dan Undang-Undang (CELIOS), sedang ekonomi global terjejas akibat keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengenakan tarif besar terhadap hampir semua negara perdagangan utama.
Encik Purbaya berkata beliau masih menimbangkan penggunaan baki lebihan terkumpul, tetapi menegaskan bahawa beliau akan menggunakan kesemuanya.
LATAR BELAKANG
Bekas jurutera berusia 61 tahun itu memulakan kerjaya profesionalnya pada 1980-an dan 1990-an dalam industri perkhidmatan minyak sebelum beralih ke kewangan pada 2000.
Selama 15 tahun berikutnya, beliau bekerja di firma pelaburan milik pemerintah Danareksa sebagai ahli ekonomi, dan akhirnya menjadi pengarah presiden unit sekuriti firma tersebut.
Peranan pertama Encik Purbaya dalam pemerintah adalah pada 2015 apabila beliau dilantik sebagai timbalan di Pejabat Staf Presiden.
Beliau kemudian berpindah ke beberapa kementerian sebelum dinamakan sebagai ketua Lembaga Penjamin Simpanan (LPS) pada 2020.
Tempoh beliau di LPS sepatutnya berakhir pada 23 September, tetapi beberapa minggu sebelum ia tamat, Presiden Prabowo Subianto melantik beliau sebagai menteri kewangan dalam rombakan Kabinet besar-besaran.
Rombakan itu dilaksanakan selepas berlaku tunjuk perasaan antipemerintah yang meluas pada akhir Ogos dan awal September berhubung kos sara hidup, persepsi rakyat bahawa golongan elit tidak mengendahkan kesusahan rakyat biasa dan isu-isu lain.
Beberapa jam selepas mengangkat sumpah pada hari yang sama, Encik Purbaya memberitahu wartawan di Kementerian Kewangan bahawa beliau merancang untuk “mencapai pertumbuhan ekonomi enam hingga tujuh peratus”, sambil menambah bahawa pertumbuhan sedemikian akan menenangkan kemarahan rakyat.
Kenyataan itu menerima kritikan meluas kerana dianggap tidak sensitif serta bangga diri.
Sehari selepas itu, Encik Purbaya memohon maaf, berjanji untuk lebih berhati-hati dengan kata-katanya.
Encik Purbaya malah berkata Encik Prabowo menegaskan beliau harus terus berani bersuara.
“Saya baru tahu ada orang yang tidak boleh menerima saya. Tapi tidak mengapa. Demi negara, saya tidak peduli,” katanya pada 30 Oktober seperti dipetik oleh CNN Indonesia.
“Ini arahan daripada Presiden Prabowo. Saya hanya membantu Presiden - dalam versi yang lebih lembut.”
Kejujuran dan dasar Encik Purbaya nampaknya mendapat sambutan daripada orang ramai.
Menurut tinjauan Indikator Politik pada November, 84.1 peratus responden berkata beliau menjalankan tugas dengan baik, menempatkannya di kedudukan ketiga dalam kalangan semua menteri, di belakang Menteri Pertanian Amran Sulaiman (84.9 peratus) dan Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya (84.5 peratus).
Kedua-dua lelaki ini, bagaimanapun, sudah lama menjadi tumpuan awam berbanding Encik Purbaya.
Encik Amran sebelum ini memegang jawatan yang sama semasa penggal pertama Presiden Joko Widodo, manakala Teddy, mantan pembantu peribadi Presiden Prabowo, mula dikenali semasa kempen pilihan raya Prabowo pada 2024.
Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa 1.5 peratus responden berkata mereka akan mengundi bagi menyokong Encik Purbaya jika beliau bertanding sebagai calon presiden, menempatkannya di kedudukan ketujuh dalam kalangan calon berpotensi bagi 2029.
Ini meletakkan beliau di belakang mantan calon presiden Anies Baswedan (ketiga, 9 peratus) dan Ganjar Pranowo (keenam, 3.7 peratus), manakala Prabowo berada di tempat teratas dengan 46.7 peratus.
Sebelum tinjauan ini diterbitkan, beberapa partai politik secara terbuka memuji Encik Purbaya, menandakan minat mereka untuk merekrut menteri yang lantang ini, yang tidak tergolong dalam mana-mana parti.
Namun Encik Purbaya segera menolak kemungkinan itu, memberitahu agensi berita Antara pada 29 Oktober: “Saya tidak berminat dalam politik.”
“TIDAK PERLU PANIK”
Dasar dan nada Encik Purbaya ternyata kurang popular dalam kalangan pelabur dan penganalisis pasaran.
Pada awal tahun ini, Indonesia menyaksikan minat yang tinggi dari luar negara terhadap bon pemerintah, dengan aliran modal mencapai puncaknya sekitar AS$4.6 bilion (S$6 bilion) pada akhir Ogos.
Trend itu bagaimanapun berubah selepas Cik Sri Mulyani digantikan.
Menurut Bloomberg, setakat 17 November, para pelabur asing menjual bon pemerintah Indonesia bernilai AS$187.6 juta (S$244.7 juta) - menjadikan Indonesia satu-satunya pasaran Asia Tenggara yang mengalami aliran keluar bon asing bersih tahun ini.
Selain mengeluarkan lebihan yang telah diperuntukkan pendahulunya sebagai rizab “hari hujan”, Encik Purbaya juga mengubah belanjawan 2026 yang disediakan di bawah Cik Sri Mulyani.
Belanjawan baharunya, yang diluluskan oleh parlimen pada 19 September, meningkatkan perbelanjaan negara daripada AS$228.5 bilion (S$298 bilion) kepada AS$231.9 bilion (S$302.5 bilion), sambil melebarkan defisit yang dijangkakan daripada AS$38.6 bilion atau S$50.3 bilion (2.48 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar atau GDP) kepada AS$41.6 bilion atau S$54.3 bilion (2.68 peratus GDP).
Encik Achmad Nur Hidayat, ahli ekonomi di Universiti Islam Syarif Hidayatullah berkata Encik Purbaya mesti menutup jurang yang membolehkan penyalahgunaan sedemikian dan menghukum pegawai yang membantu pengelak cukai dan penyeludup.
Sementara itu, keputusan Encik Purbaya untuk mengalihkan sebahagian lebihan pemerintah ke beberapa bank milik negara belum membuahkan hasil.
Menurut Bank Indonesia, pertumbuhan kredit pada Oktober adalah 7.36 peratus, menurun daripada 7.70 peratus pada September.
Namun Encik Purbaya tidak gentar.
Para pakar berkata Encik Purbaya mesti lebih bergantung kepada data dan bukti sebelum membuat langkah fiskal yang berani, bersedia mendengar kritikan, dan menyesuaikan dasar sekiranya langkahnya terbukti tidak produktif.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.