Meski berusia 90 tahun, wanita Jepun ini masih gagah bekerja di restoran McDonald's demi kekal sihat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
TOKYO: Tamiko Honda yang berusia 90 tahun mungkin boleh dianggap sebagai pekerja McDonald's yang paling setia di Jepun.
Ini kerana pada usia senja, wanita dari bandar Kumamoto ini masih gagah bekerja lima hari seminggu di cawangan McDonald's di Chu-ku.
Rutin hariannya menyaksikan wanita itu bangun seawal jam 4.00 pagi dan masuk ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi.
Difahamkan, Cik Honda turut mengulangi rutin sama sepanjang 23 tahun lalu dan sehingga kini tiada tanda menunjukkan yang dia mahu bersara.
Menurut akhbar Kumanichi, Cik Honda merupakan kakitangan paling tua daripada 190,000 kakitangan wanita McDonald's di seluruh negara itu.
Tambah akhbar tersebut, keluarga Cik Honda menggalakkan wanita itu supaya bersara namun dia menegaskan bekerja adalah salah satu cara untuknya kekal sihat.
Akhbar Kumanichi sebelum ini melaporkan rekod pekerja paling tua McDonald's di Jepun dipegang oleh seorang datuk berusia 95 tahun yang bekerja di cawangan Toyama.
Namun, Cik Honda kekal memegang rekod pekerja paling lama berkhidmat dengan restoran segera tersebut.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.