Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza

Bangunan musnah di bahagian barat Beit Lahia di utara Carikan Gaza pada 11 Februari 2025, di tengah-tengah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. (Gambar: BASHAR TALEB/AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2025 07:53PM Dikemas Kini : 12 Feb 2025 07:57PM
KAHERAH: Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka. 

Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan pada Selasa (11 Feb) mengesahkan aspirasi negara itu untuk bekerjasama dengan pentadbiran Amerika Syarikat yang dipimpin Presiden Donald Trump bagi mencapai keamanan yang menyeluruh dan adil di rantau itu. 

Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan. 

Menurut kenyataan itu, pelan pembangunan semula Gaza yang dirangka sejajar dengan hak sah rakyat Palestin.

Mesir juga menekankan kepentingan mengelak tindakan yang boleh menggugat keamanan, sambil menangani punca utama konflik. 

Selain itu, Mesir sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menamatkan pendudukan Israel ke atas tanah Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju ke arah kestabilan serta kewujudan bersama di rantau itu. 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan