Skip to main content

Dunia

Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari telaga Al-Wasl-4 di Teluk Suez

Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir mengumumkan permulaan pengeluaran daripada telaga pembangunan baharu di medan Safa Utara, Teluk Suez, yang dikendalikan oleh Gulf of Suez Petroleum Company (GUPCO), menurut Agensi Berita Amiriah (WAM).
Anggaran Waktu Membaca:
Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari telaga Al-Wasl-4 di Teluk Suez
Medan Safa Utara merupakan antara penemuan paling signifikan di Teluk Suez. (Gambar fail: REUTERS/Eli Hartman)
Diterbitkan : 21 Jan 2026 12:50PM
  • Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir mengumumkan pengeluaran dari telaga Al-Wasl-4 di medan Safa Utara, Teluk Suez, yang dikendalikan oleh GUPCO.
  • Telaga baharu itu mula menghasilkan sekitar 2,250 tong minyak mentah dan 1.3 juta kaki padu gas sehari, meningkatkan jumlah pengeluaran syarikat kepada 65,000 tong minyak mentah setiap hari.
  • Al-Wasl-4 merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan syarikat untuk tahun 2026, dengan medan Safa Utara mula beroperasi pada 2024.
  • Pembangunan lanjut termasuk pemasangan platform luar pesisir dan program suntikan air pada tiga telaga bagi meningkatkan pengeluaran serta persediaan fasa kedua medan tersebut.
Dijana oleh AI
KAHERAH: Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir mengumumkan permulaan pengeluaran daripada telaga pembangunan baharu di medan Safa Utara, Teluk Suez, yang dikendalikan oleh Gulf of Suez Petroleum Company (GUPCO), menurut Agensi Berita Amiriah (WAM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (20 Jan), kementerian itu menyatakan bahawa telaga Al-Wasl-4 sudah mula menghasilkan kira-kira 2,250 tong minyak mentah sehari dan sekitar 1.3 juta kaki padu gas sehari, sekali gus meningkatkan jumlah pengeluaran syarikat itu kepada kira-kira 65,000 tong minyak mentah setiap hari.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa Al-Wasl-4 merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan syarikat tersebut bagi 2026.

Medan Safa Utara, antara penemuan paling signifikan di Teluk Suez, mula beroperasi pada 2024 dan sedang melalui pembangunan lanjut, termasuk pemasangan platform pengeluaran luar pesisir dan pelaksanaan program suntikan air pada tiga telaga untuk meningkatkan pengeluaran dan persediaan bagi fasa kedua pembangunan medan tersebut.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita