Mesir tolak saranan pindahkan warga Palestin dari tanah air mereka
Anggaran Waktu Membaca:

Rakyat Palestin duduk di luar rumah mereka yang musnah di Jabalia, utara Carikan Gaza pada 17 Februari 2025. (Gambar: Bashar Taleb/AFP)
KAHERAH: Mesir menolak saranan untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka, dengan saranan itu dianggap akan menjejas perjuangan Palestin untuk menubuhkan negaranya sendiri. selain menggugat keselamatan negara-negara di rantau itu, Kaherah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (25 Feb).
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mencetuskan kemarahan dunia Arab dengan mengusulkan saranan untuk memindahkan lebih 2 juta penduduk Palestin dari Gaza.
Beliau juga berkata bahawa Amerika akan mengambil alih wilayah tersebut dan menjadikannya sebagai sebuah pusat peranginan antarabangsa.
Mesir pada 4 Mac akan menjadi tuan rumah kepada sidang puncak tergempar Liga Arab yang akan memberi tumpuan kepada usaha negara-negara Arab menentang saranan Encik Trump yang menggesa Mesir dan Jordan supaya mengambil penduduk Palestin yang dipindahkan dari Gaza.
Kedua-dua negara menolak saranan itu atas kebimbangan terhadap keselamatan serantau.
Para pemimpin Arab mengadakan pertemuan pada Jumaat di Riyadh yang dihadiri oleh negara-negara Teluk, Mesir dan Jordan. Sumber yang mempunyai maklumat mengenai perbincangan itu berkata mereka membincangkan saranan Mesir yang mengusulkan pembiayaan sehingga AS$20 bilion selama tiga tahun dari negara-negara Teluk dan Arab, tetapi tiada pengesahan rasmi.
Rakyat Palestin takut berulangnya "Nakbah", atau malapetaka, di mana ratusan ribu rakyat Palestin telah diusir atau dipaksa meninggalkan tanah air mereka sekitar masa penubuhan negara Israel pada tahun 1948.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.