Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir sangkal dakwaan pindahkan 500,000 penduduk Gaza ke Sinai

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir sangkal dakwaan pindahkan 500,000 penduduk Gaza ke Sinai

Penduduk Palestin di pasar bersebelahan runtuhan bangunan di Jabalia, utara Carikan Gaza pada 27 Februari 2025 di tengah-tengah gencatan senjata antara Israel dan Hamas. (Gambar fail: Omar AL-QATTAA/AFP)

Diterbitkan : 22 Mar 2025 10:48AM Dikemas Kini : 22 Mar 2025 10:49AM
KAHERAH: Mesir menafikan dakwaan yang disebarkan oleh beberapa pihak media yang melaporkan negara itu bersedia memindahkan 500,000 penduduk Gaza ke sebuah bandar raya di utara Sinai sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan semula Gaza, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir (SIS) dalam satu kenyataan pada Jumaat (21 Mac) menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas dan bercanggah sepenuhnya dengan pendirian tegas serta prinsip Mesir yang dinyatakan sejak awal serangan ke atas Gaza pada Oktober 2023.

“Mesir secara tegas dan muktamad menolak sebarang percubaan untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa atau sukarela ke mana-mana lokasi di luar Gaza, terutamanya ke wilayah Mesir, kerana ia akan membawa kepada penghapusan perjuangan Palestin dan mengancam keselamatan negara Mesir,” tulis SIS.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa pendirian jelas dan berterusan Mesir menjadi asas kepada rancangan yang dibentangkan pada Sidang Puncak Tergempar Arab di Kaherah baru-baru ini bagi pembinaan semula Gaza.

Menurut kenyataan itu, rancangan yang dicadangkan Mesir untuk menyokong pembinaan semula Gaza tanpa memindahkan walau seorang rakyat Palestin dari wilayah mereka diterima sebulat suara oleh sidang puncak tersebut.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan