Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir sahkan kes pertama cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Mesir melaporkan kes pertama cacar monyet di negara itu pada Rabu (7 Sep).

Ia melibatkan seorang rakyat Mesir berusia 42 tahun yang bermastautin di Eropah.

Kementerian Kesihatan dan Penduduk mengumumkan bahawa, sebagai sebahagian daripada tindakan susulan berdasarkan situasi epidemiologi di negara itu, seorang rakyat Mesir disahkan diuji positif cacar monyet dan jangkitannya dikesan melalui prosedur pemantauan epidemiologi yang dijalankan oleh pihak kementerian.

Pesakit berusia 42 tahun itu dikuarantin di sebuah hospital dan keadaannya stabil, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut.

Menurut kementerian itu, kesemua langkah pencegahan sudah dijalankan dengan kontak rapatnya, selaras dengan protokol susulan yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Wabak cacar monyet mula dikesan pada Mei lalu dan ia sudah menular ke sejumlah negara termasuk Timur Tengah selepas lebih dua tahun langkah-langkah keselamatan diperketatkan menyusuli penularan mencegah COVID-19.

WHO mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global selepas penyakit itu merebak ke berpuluh-puluh negara di merata dunia.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan