Mesir sahkan kes COVID-19 pertama di Afrika
Kementerian Kesihatan Mesir pada Jumaat (14 Feb) mengumumkan kes jangkitan virus COVID-19 yang pertama di Afrika.

(Gambar: Reuters)
KAHERAH: Kementerian Kesihatan Mesir pada Jumaat (14 Feb) mengumumkan kes jangkitan virus COVID-19 yang pertama di Afrika.
Menurut kenyataan oleh kementerian itu, pesakit tersebut bukan rakyat Mesir, tanpa menyatakan kerakyatan beliau.
"Kementerian sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan sedang memantau pesakit itu... yang kini berada dalam keadaan stabil," kata jurucakap kementerian Khaled Megahed.
Pihak berkuasa Mesir sudah memaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan kes tersebut. Pesakit berkenaan dikuarantin dalam bilik pengasingan di hospital.
Angka korban akibat virus COVID-19 sudah melepasi1,1,500 kes, dengan kebanyakannya di China.
Rangkaian perdagangan dengan China dan sistem jagaan kesihatan di negara-negara Afrika menimbulkan keprihatinan tentang keupayaan benua itu untuk menangani penularan virus tersebut.
Awal bulan ini, Mesir menggantung semua penerbangan ke China sehingga hujung bulan.
301 rakyat Mesir dibawa pulang dari Wuhan dan di kuarantin selama 14 hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.