Mesir gesa Israel undur dari Gaza, buka semula sempadan Rafah
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menggesa pengunduran tentera Israel dari Carikan Gaza dan pembukaan semula pintu sempadan Rafah di bawah perjanjian gencatan senjata tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty menggesa pengunduran tentera Israel dari Carikan Gaza dan pembukaan semula pintu sempadan Rafah di bawah perjanjian gencatan senjata tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Gesaan itu dibuat pada Ahad (25 Jan) ketika pertemuan Encik Abdelatty dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Christopher Landau di Kaherah bagi membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.
Kedua-dua diplomat itu meninjau kaedah untuk memperkukuh perkongsian strategik antara Mesir dan Amerika Syarikat serta cara membangunkan hubungan dua hala dalam bidang politik dan ekonomi, menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan.
Perbincangan itu turut menyentuh tentang perkembangan di Gaza, Sudan, rantau Tanduk Afrika dan keselamatan air Mesir.
Encik Abdelatty juga menyambut baik penyertaan Mesir ke dalam Lembaga Keamanan cetusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Lembaga itu adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertujuan mempromosikan kestabilan, mewujudkan semula tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang, serta memastikan keamanan yang berterusan di kawasan yang terjejas atau terancam oleh konflik, mengikut piagamnya.
Encik Abdelatty menekankan kepentingan melaksanakan kewajipan fasa kedua pelan Encik Trump mengenai Gaza, menyokong jawatankuasa nasional yang ditugaskan untuk menguruskan Gaza, serta penempatan segera pasukan penstabilan antarabangsa bagi memantau gencatan senjata.
Beliau turut menegaskan keperluan untuk membuka semula lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir bagi kedua-dua arah serta mencapai pengunduran Israel dari Gaza bagi membuka jalan kepada pemulihan awal dan pembinaan semula, menurut kenyataan itu.
Pelan gencatan senjata itu menghentikan perang dua tahun Israel ke atas Gaza, yang sudah mengorbankan lebih 71,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.