Skip to main content

Dunia

Mesir buka semula kedutaan di Tripoli selepas 12 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir buka semula kedutaan di Tripoli selepas 12 tahun

Bangunan Kedutaan Mesia di Tripoli. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Nov 2026 03:32PM Dikemas Kini : 08 Nov 2026 03:34PM
Egypt reopens embassy in Tripoli after 12 years
  • Egypt reopened its embassy in its original building in Tripoli on Saturday, after it had been closed since 2014 because of security tensions in Libya.
  • Egyptian Foreign Minister Badr Abdelatty inaugurated the embassy with Libya’s Acting Foreign Minister Taher al-Baour, describing the reopening as historically and diplomatically important.
  • Libya’s Government of National Unity viewed the move as progress in bilateral relations, as officials from both countries discussed strengthening ties and expanding cooperation.
  • The effort is taking place as Libya remains divided following Muammar Gaddafi’s fall in 2011, between the UN-recognised Government in Tripoli and the eastern administration backed by the Libyan National Army.
Dijana oleh AI

TRIPOLI: Mesir membuka semula kedutaannya di Tripoli, ibu kota Libya, pada Sabtu di bangunan ibu pejabat asalnya selepas ia ditutup sejak 2014 susulan ketegangan keselamatan di negara itu, lapor Xinhua yang menukil Agensi Berita Libya.

Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty merasmikan bangunan kedutaan itu selepas tiba di Tripoli bersama Pemangku Menteri Luar Libya Taher al-Baour, menurut agensi berita itu yang menukil kenyataan di laman Facebook Kementerian Luar Mesir.

Berucap di majlis itu, Encik Abdelatty berkata pembukaan semula kedutaan berkenaan penting dari segi sejarah dan diplomatik, sambil menambah bahawa bangunan bersejarah itu akan kembali memainkan peranan dengan menghubungkan warisan silam, keperluan semasa dan aspirasi masa depan.

Pemerintah Perpaduan Nasional Libya yang berpangkalan di Tripoli dalam satu kenyataan menyifatkan langkah itu sebagai "satu perkembangan yang mencerminkan kemajuan hubungan dua hala antara kedua-dua negara."

Pembukaan semula kedutaan itu dibuat ketika Libya dan Mesir mempergiat hubungan diplomatik, dengan pegawai kedua-dua negara membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.

Sejak kejatuhan Muammar Gaddafi pada 2011, Libya berdepan perpecahan antara pemerintah Perpaduan Nasional di Tripoli yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan pentadbiran di wilayah timur yang disokong Tentera Nasional Libya.

Sumber : AFP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita