Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir buka laluan purba hubungkan Karnak dengan Luxor

Mesir membuka kepada orang ramai jalan raya berusia 3,400 tahun yang menghubungkan dua kawasan kuil purba di Karnak dan Luxor pada Khamis (25 Nov) dalam satu majlis yang gah, bertujuan memikat pelancong datang ke negara itu, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir buka laluan purba hubungkan Karnak dengan Luxor

Avenue of Sphinxes yang berusia 3,400 tahun dibuka semula selepas kerja-kerja penggalian dan pemuliharaan selesai, menghubungkan Kuil Karnak dengan Kuil Luxor.(Gambar: Khaled DESOUKI / AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 08:52PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 08:53PM

LUXOR: Mesir membuka kepada orang ramai jalan raya berusia 3,400 tahun yang menghubungkan dua kawasan kuil purba di Karnak dan Luxor pada Khamis (25 Nov) dalam satu majlis yang gah, bertujuan memikat pelancong datang ke negara itu, lapor Reuters.

Acara pembukaan laluan sepanjang 2.7 kilometer itu termasuk lakonan semula pesta Opet, yang mana patung-patung Thebes dibawa berarak sebagai persembahan kepada dewa banjir Sungai Nil dan kesuburan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Abdel-Fattah el-Sisi dan isteri.

Pegawai berkata acara itu bertujuan untuk memperkenalkan Luxor, sebuah bandar yang kaya dengan monumen dan pernah menjadi ibu kota Mesir, kemudian dipanggil Thebes, sebagai "muzium terbuka terbesar di dunia."

Turut dipanggil Avenue of the Sphinxes, kawasan itu dipenuhi ‘sphinx’ yang rata-ratanya berusia lebih 3,000 tahun dan dibuka semula selepas kerja-kerja pemuliharaan akhirnya selesai.

Pembukaan itu juga adalah sebahagian daripada usaha memikat pelancong selepas sektor pelancongan terjejas teruk akibat COVID-19.

Pendapatan sektor pelancongan Mesir menjunam kepada sekitar AS$4 bilion pada 2020 berbanding AS$13 bilion pada 2019.

Pembukaan laluan itu merupakan acara kedua seumpamanya dalam tempoh tujuh bulan selepas "perarakan diraja" yang diadakan Mesir pada April, melibatkan 22 mumia melalui jalan-jalan di Kaherah untuk menghantar mumia itu ke muzium yang baru dirasmikan.

Jejak pertama Avenue of Sphinxes ditemui pada tahun 1949 apabila ahli arkeologi Mesir Mohammed Zakaria Ghoneim menemui lapan patung berhampiran Kuil Luxor.

Laluan itu pada asalnya mempunyai 1,057 patung, satu pertiga daripadanya telah digali dengan selebihnya masih berkaki, kata menteri antik Khaled el-Anani. 

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan