Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir bentang pelan gencatan senjata bagi tamatkan perang di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Mesir membentangkan pelan gencatan senjata bagi menamatkan perang di Gaza kepada Israel, Hamas, Amerika Syarikat dan para wakil dari Eropah pada Isnin (25 Dis).

Saranan itu antara lain akan menyaksikan Israel berundur sepenuhnya dari Carikan Gaza, pembebasan semua tabusan yang ditahan oleh Hamas dan Israel, serta penubuhan pihak berkuasa baharu di Carikan Gaza.

Saranan-saranan itu bagaimanapun disifatkan sebagai mustahil untuk dilaksanakan, lapor Astro Awani.

Saranan-saranan itu dirangka dengan negara teluk Qatar, termasuk beberapa pusingan pertukaran tebusan dan banduan.

Sepanjang tempoh gencatan senjata, Mesir juga akan menerajui rundingan untuk menyatukan semula Hamas dan pihak berkuasa Palestin.

Menurut laporan Astro Awani, kedua-dua pihak kemudian disarankan supaya melantik sebuah pemerintah untuk mentadbir Tebing Barat dan Gaza menjelang pilihan raya akan datang.

Rancangan itu bagaimanapun dilihat sukar dipersetujui oleh mana-mana pihak.

Pemerintah Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dipercayai tidak mungkin akan menerima saranan-saranan yang diusulkan itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan