Mesir bakal dapat ibu kota baru, jauh daripada hiruk-pikuk Kaherah
Mesir bakal mendapat ibu kota baru menjelang akhir tahun ini. Semua kakitangan awam akan berpindah ke ibu kota baru Kaherah, tidak lama lagi, lebih awal daripada rancangan awal pada akhir tahun ini.
(Gambar: Reuters)
KAHERAH: Mesir bakal mendapat ibu kota baru menjelang akhir tahun ini.
Semua kakitangan awam akan berpindah ke ibu kota baru Kaherah, tidak lama lagi, lebih awal daripada rancangan awal pada akhir tahun ini.
Jauh dari kesesakan ibu kota Kaherah, ibu kota baru Mesir dibangunkan di tengah-tengah kawasan gurun, ke timur ibu kota lamanya.
Para pekerja kini sedang menghabiskan kerja-kerja menyiapkan bangunan-bangunan baru pelbagai kementerian Mesir yang berunsurkan kuil-kuil firaun masa lampau.
Laluan monorel juga bakal melalui daerah perniagaan baru di mana terletaknya menara 384 meter yang hampir siap.
Terdapat juga taman 10 kilometer yang berakhir di sebuah masjid gah.
Bakal dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Baru Kaherah, bandar itu juga direka berdasarkan model teknologi tinggi masa depan Mesir.
Ia juga bakal menempatkan beberapa universiti, kemudahan riadah dan daerah diplomatik.
Selepas pendanaan asing menarik diri daripada projek ini, pihak tentera dan pemerintah Mesir sendiri menyalurkan AS$25 bilion (S$33 bilion) untuk fasa pertamanya.
Namun pinjaman asing termasuk dari China telah diluluskan untuk membantu pembinaan daerah perniagaan yang dijadual dibuka pada 2023.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.