Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mesir antara negara terjejas teruk akibat perubahan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir antara negara terjejas teruk akibat perubahan iklim

Gambar Hiasan (Gambar: Khaled DESOUKI / AFP)

KAHERAH: Menteri Sumber Air dan Pengairan Mesir Hani Suweilam pada Ahad (11 Sep) berkata bahawa Mesir adalah antara negara paling terjejas di dunia akibat perubahan iklim, lapor agensi berita Xinhua yang memetik laporan berita laman sesawang Ahram Online.

Menteri berkenaan membuat kenyataan itu semasa sesi pembukaan forum alam sekitar dan pembangunan mengenai persediaan Mesir menjadi tuan rumah sesi ke-27 Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) yang akan diadakan di bandar peranginan Laut Merah Sharm El-Sheikh pada November kelak.

Mesir kini mengalami masalah kekurangan air, suhu yang tinggi, hakisan dan limpahan air masin ke dalam sumber air tawar, menurut menteri itu lagi.

Pertambahan penduduk, pengaliran air yang tidak stabil (dari sungai seperti Sungai Nil) dan kesan iklim menyebabkan kekurangan bekalan air yang digunakan untuk tujuan minuman, pertanian dan perindustrian di beberapa negara, tambahnya.

Menteri itu juga menggesa semua negara untuk mengukuhkan kerjasama dalam menangani iklim yang melampau, serta menekankan keperluan meletakkan sektor air, makanan dan pertanian dalam agenda iklim global.

Mesir sedang berusaha keras dalam usaha meningkatkan pengurusan air, termasuk memulihkan terusan untuk mengalirkan air dengan lebih baik kepada petani kerana ia merupakan unsur utama dalam pertanian dan keselamatan makanan, kata Suweilam.

Menteri itu menekankan keperluan untuk mengembangkan projek penyahgaraman air, mengkaji cara yang lebih murah dan lebih cekap untuk menggunakan semula air sisa.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan