Mesir akan anjur sidang tergempar pada 27 Feb untuk bincang perkembangan serius Palestin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
KAHERAH: Mesir akan menganjurkan sidang puncak kecemasan negara-negara Arab pada 27 Februari ini, untuk membincangkan mengenai apa yang disifatkannya sebagai perkembangan "serius" bagi penduduk Palestin, menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan pada Ahad (9 Feb).
Sidang puncak itu akan diadakan di tengah-tengah kecaman dari negara-negara serantau dan seluruh dunia terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk "mengambil alih Carikan Gaza" dari Israel dan mewujudkan "Riviera Timur Tengah" selepas memindahkan penduduk Palestin ke tempat lain.

BACA:
Menurut kenyataan pada Ahad itu, sidang puncak tersebut diadakan 'menyusuli rundingan meluas di peringkat tertinggi bersama negara-negara Arab sepanjang beberapa hari kebelakangan ini, termasuk Palestin, yang memohon supaya sidang puncak itu diadakan untuk membincangkan perkembangan terkini mengenai perjuangan Palestin'.
Ini termasuk kerjasama dengan Bahrain yang kini pengerusi Liga Arab, menurut kenyataan tersebut.
Pada Jumaat (7 Feb), Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty telah bercakap dengan rakan-rakan kongsi serantau termasuk Jordan, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) supaya menyokong penentangan terhadap sebarang pemindahan penduduk Palestin dari tanah mereka.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.