Mesin teknologi tinggi basmi kuman pada telefon bijak dalam kurang 30 saat
Sebuah mesin berteknologi dihasilkan di Jepun yang membolehkan orang ramai membasuh tangan serta membasmi kuman pada telefon bijak mereka.
(Gambar: Reuters)
TOKYO: Sebuah mesin berteknologi dihasilkan di Jepun yang membolehkan orang ramai membasuh tangan serta membasmi kuman pada telefon bijak mereka.
Inovasi ini cukup berguna terutama semasa waktu pandemik sekarang.
Sekitar 20 mesin sedemikian diletakkan di sekitar kawasan beli-belah popular Ginza di mana sejumlah kes jangkitan COVID-19 dilaporkan.
Mesin-mesin tersebut menggunakan air yang dikitar semula.
Ia juga mampu membasmi kuman daripada telefon bijak dengan mendedahkan telefon tersebut kepada cahaya ultraungu selama 20 hingga 30 saat.
Apa yang menarik lagi, mesin itu tidak memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi.
Sehingga 4,000 unit mesin tersebut sedang diletakkan di merata Jepun dan syarikat pembuatnya merancang untuk menjualnya ke negara-negara lain tahun depan.
Ia telah menerima banyak permintaan dari Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.