Skip to main content

Dunia

Mesej tular sindiket culik dan jual organ adalah palsu, dedah Polis M'sia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini (7 Feb) menafikan mengeluarkan amaran kepada rakyat Malaysia berhubung satu sindiket penculikan yang menyasarkan kanak-kanak berumur bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ tertentu untuk dijual.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini (7 Feb) menafikan mengeluarkan amaran kepada rakyat Malaysia berhubung satu sindiket penculikan yang menyasarkan kanak-kanak berumur bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ tertentu untuk dijual.

Supt Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Supt A. Skandaguru berkata hasil semakan mendapati mesej yang tular di media sosial itu mendakwa sindiket terlibat menggunakan kereta Proton Wira dan sebuah van putih bagi menjalankan aktiviti dan tular sejak 2016 sebelum kembali diulang siar.

“PDRM mengesahkan tiada sebarang aduan polis diterima berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia seperti yang didakwa … Tiada sebarang amaran sedemikian pernah dikeluarkan oleh pihak Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (7 Feb).

Katanya lagi, PDRM juga menafikan pernah mengeluarkan amaran menerusi ‘Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Bukit Aman’ seperti didakwa oleh sindiket yang turut menyenaraikan harga organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang serta mata dalam mesej yang ditularkan itu.

Sementara itu, A. Skandaguru menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan berita-berita yang tidak berasas serta tidak sahih, selain mengelak berkongsi atau menyebarkan berita palsu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam.

Sumber : Bernama/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita