Mesej tular dakwa Amerika kenakan sekatan ke atas Malaysia adalah palsu, tegas Fahmi Fadzil
Anggaran Waktu Membaca:

Fahmi Fadzil. (Gambar: Fahmi Fadzil/ Facebook)
KUALA LUMPUR: Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pengesahan mengenai mesej palsu itu diterimanya daripada Kedutaan Amerika Syarikat, selain penafian oleh pihak Reuters sendiri.
"Berdasarkan penafian Reuters Press Team di X (sebelum ini dikenali Twitter) dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu," katanya menerusi media sosialnya pada Sabtu (11 Mei).

Sebelum ini, Reuters mengesahkan tidak melaporkan artikel berita itu yang disebar luas terutama menerusi aplikasi WhatsApp.
“Sebarang dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai negara yang menaja keganasan, adalah palsu,” menurut agensi berita berkenaan menerusi platform X.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.