Merkel terlepas pembukaan G20 akibat masalah teknikal pada pesawat
Canselor Jerman Angela Merkel terlepas menghadiri upacara pembukaan sidang puncak G20 di Argentina selepas pesawatnya terpaksa membuat pendaratan cemas di Cologne akibat masalah teknikal, menurut jurucakapnya.
Canselor Jerman, Angela Merkel. (Gambar: REUTERS/Hannibal Hanschke)
BERLIN: Canselor Jerman Angela Merkel terlepas menghadiri upacara pembukaan sidang puncak G20 di Argentina selepas pesawatnya terpaksa membuat pendaratan cemas di Cologne akibat masalah teknikal, menurut jurucakapnya.
"Kami tidak akan meneruskan penerbangan hari ini," katanya kepada AFP.
Menurut catatan Twitter wartawan Jerman di dalam pesawat Airbus A340 itu, Cik Merkel akan berlepas ke Madrid hari Jumaat (30 Nov) dan menaiki penerbangan komersil ke Buenos Aires bersama rombongan yang dikecilkan.
Pejabat Canselor itu tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.
Seorang wartawan kanan dengan saluran televisyen awam nasional ZDF berkata Cik Merkel akan bermalam di Bonn.
Pesawat itu berpatah balik dari Belanda dan mendarat di Cologne kerana ia adalah satu-satunya pangkalan untuk menggantikan pesawat, menurut agensi berita DPA.
Tambah DPA, pesawat yang membawa Cik Merkel itu disambut di landasan oleh kereta bomba, sambil menambah kapten memaklumkan para penumpang mereka terpaksa berpatah balik oleh kerana masalah teknikal mengganggu beberapa sistem elektrik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.