Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Wilayah Persekutuan M'sia bakal runding dengan peniaga bagi turunkan harga ayam

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan berunding dengan peniaga ayam di premis kementerian dan pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan masalah peniaga terbabit sekali gus membolehkan mereka menjual ayam pada harga lebih rendah daripada harga siling.

Menteri berkenaan Dr Shahidan Kassim berkata rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.

"Harga siling ayam sekarang RM9.40 (S$2.96) tetapi di negeri lain, ayam (secara purata) dijual lebih rendah daripada harga siling misalnya di Perlis RM9.04 (S$2.86), paling rendah di Pahang RM8.95 (S$2.83)," katanya kepada wartawan selepas meninjau program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah di Perumahan Awam (PA) Sri Johor pada Khamis (14 Jul).
Beliau berkata langkah itu merupakan antara pendekatan yang dicadang diambil kementerian dalam usaha meringankan beban warga Wilayah Persekutuan.

Encik Shahidan berkata pihaknya sedang mengkaji beberapa langkah bagi mengatasi masalah itu dan akan mengumumkan pendekatan terbaik selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau juga berkata jualan rakyat selama enam bulan bermula Khamis (14 Jul) akan diadakan di semua PA dan Projek Perumahan Rakyat di ibu negara serta kedai terpilih di Labuan melibatkan peruntukan RM3.48 juta (S$ 1.1 juta) dengan menawarkan subsidi harga ayam sebanyak RM3 (S$0.95) untuk seekor dan RM0.50 (S$0.16) bagi setiap 10 telur ayam Gred B.

Beliau berkata pihaknya juga akan membantu memantau kedai makanan yang menawarkan sumber protein itu sebagai hidangan agar tidak menaikkan harga sesuka hati.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan