Skip to main content

Dunia

Menteri Thai letak jawatan atas aduan senator berhubung pelantikannya

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Thai letak jawatan atas aduan senator berhubung pelantikannya

Gambar: AFP

Diterbitkan : 21 May 2024 08:02PM
BANGKOK: Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Thailand, Pichit Chuenban telah meletak jawatan pada Selasa (21 Mei) berikutan aduan dari 40 senator kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai pelantikan beliau.

Dalam surat peletakan jawatannya, Encik Pichit menjelaskan beliau membuat keputusan itu agar tidak menjejas pentadbiran PM Srettha Thavisin.

Sekiranya Mahkamah Perlembagaan menerima kes itu, ia boleh menyebabkan jawatan PM Srettha digantung.

Para senator itu mendakwa bahawa pelantikan Encik Pichit bulan lalu sebagai menteri, melanggar perlembagaan Thailand kerana beliau mempunyai rekod jenayah.

Beliau pernah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dalam tahun 2008 kerana menghina mahkamah.

Ia berkaitan dakwaan bahawa Encik Pichit cuba memberi rasuah kepada pegawai-pegawai mahkamah.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita