Menteri Tenaga Indonesia berkata pemerintah sedang berusaha jamin bekalan arang batu selepas laporan gangguan bekalan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Antara News)
JAKARTA: Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia berkata pada Khamis (18 Jun) bahawa pemerintah sedang berusaha untuk menjamin bekalan arang batu bagi khidmat jana kuasa negara Perusahaan Listrik Negara (PLN) kekal stabil selepas laporan gangguan bekalan.
Berikut adalah beberapa butiran:
• Menteri Tenaga Indonesia Bahlil Lahadalia memberitahu media bahawa ada masalah mengenai bekalan arang batu gred sederhana kepada PLN dan pemerintah akan membentuk satu pasukan untuk menyelia perolehan arang batu untuk PLN.
• Encik Bahlil berkata kos pengeluaran untuk arang batu gred sederhana semakin meningkat dan kerajaan sedang berusaha mencari huraian bagi merapatkan jurang harga.
• Indonesia, pengeksport arang batu terma terbesar di dunia, mengenakan kewajipan pasaran domestik (DMO) ke atas pengeluar arang batu di mana pelombong dikehendaki menjual sekurang-kurangnya 25 peratus daripada pengeluaran mereka di dalam negara. Harga untuk penjanaan kuasa dihadkan pada AS$70 setiap tan.
• Sebahagian besar kuasa Indonesia dibekalkan oleh loji arang batu.
• PLN dijangka memerlukan 154 juta tan metrik arang batu untuk menjana kuasa pada tahun 2026 dan telah memperolehi kontrak untuk 134 juta tan metrik, kata Encik Bahlil.
• Wilayah Jawa dan Bali telah mengalami gangguan bekalan elektrik yang semakin kerap, lapor media tempatan. PLN menyatakan gangguan bekalan elektrik itu disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan di beberapa kawasan.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.