Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim M'sia nafi pegawainya terpalit rasuah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Sabtu (13 Mei) menafikan dakwaan kononnya pegawai beliau telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes rasuah.
Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa telah memecat pegawainya kerana terpalit dengan isu rasuah.
“Setakat ini, tiada pegawai saya yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM,” katanya dalam kenyataannya.
Bagaimanapun, jika terdapat sebarang siasatan, Encik Nik Nazmi menegaskan beliau dan mana-mana pegawainya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Pada Jumaat (12 Mei), portal Edisi Siasat mendakwa Encik Nik Nazmi dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.