Menteri SG hadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail
Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail, pada Isnin (31 Mac).

Encik Chan Chun Sing (paling kiri) dan Dr Vivian Balakrishnan (dua dari kiri) bergambar dengan Tunku Ismail (tengah). (Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)
Kedua-dua menteri Singapura itu menyampaikan ucapan Hari Raya kepada keluarga diraja bagi pihak pemerintah Singapura.
Mereka mengharapkan hubungan rentas sempadan lebih kukuh, dengan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Sistem RTS Singapura-Johor.
Lawatan tersebut meneruskan tradisi tahunan para pemimpin Singapura menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya keluarga diraja Johor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.