Menteri Sarawak persoal cadangan 'diplomasi orang utan'; tegas tidak perlu beri haiwan sebagai hadiah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Goddard_Photography/iStock
KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan cadangan untuk mewujudkan 'diplomasi orang utan' dalam usaha memperkukuhkan hubungan dengan negara-negara dagang dan pengimport sawit.
Tegasnya, ia merupakan langkah yang tidak bijak memandangkan primat tersebut bukan sahaja diwartakan haiwan terlindung di rantau ini, malah ia juga salah satu daripada khazanah negara itu yang perlu dilindungi.
"Kita tidak perlulah hendak memberi, kita menjaga orang utan kita dengan baik.
"Kita boleh mempamerkan usaha-usaha dalam mempromosikan penjagaan mereka. Bagaimana kita cuba memastikan bahawa habitat orang utan tidak dirosakkan oleh penebangan pokok,ladang dan sebagainya," jelasnya dalam sidang media di Kuching pada Isnin (20 Mei), dipetik daripada agensi berita RTM.
Encik Abdul Karim turut mengambil contoh polisi panda negara China yang hanya "meminjamkan" haiwan berkenaan kepada negara-negara luar termasuk Malaysia sebagai tanda diplomasi dan bukannya memberi untuk tujuan peliharaan sepanjang hayat haiwan berkenaan.
Awal bulan ini, Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani mencadangkan agar diplomasi orang utan diwujudkan bukan sahaja untuk memperkukuhkan hubungan dengan pengimport utama kelapa sawit termasuk Kesatuan Eropah, malah ia juga untuk membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia sentiasa komited terhadap pemulihan biodiversiti, lapor agensi berita RTM.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.